Monday, 19 October 2009

Kelahiran semula Syed Mustaffa 18hb oktober 2009

Al Fatihah.......
Tanggal 17hb. Okt. 2009 jam 9.50 malam telah kembalinya Syed Mustaffa @ Abang Shekh kerahmatullah.Dengan iringan doa dan memohon kerahmatan dari Allah SWT agar rohnya di tempatkan bersama-sama para syuhada bersama kekasih Allah SWT. Amin.

Setiap yang hidup pasti akan mati itu perpatah yang biasa kita dengar, Dan ia pasti akan berlaku samada cepat atau lambat.Tapi yang aku nak cerita disini adalah kelahiran semula dengan terbuktinya kebesaran Allah SWT dengan sifat maha Pengasih lagi maha penyayang.
Ceritanya bermula….
.
Pada malam hari raya 19 sept. 2009 jam 8.38 malam saya terima sms dari Abang Shekh (panggilan untuk Syed Mustaffa)
“ Salam labaran diaidilfitri mhon kmaafan seiklas hati slah & slap jgn smpn d hati mga d brkati dr ilahi. $elamat hari raya aidilfitri.maaf zhir btin.”

Sememangnya aku sentiasa berhubung dengan beliau samada sms mahupun tel.Beliau antara insan yang aku hormat.Aku dapat merasainya kasih sayang beliau kepada semua kenalan dan saudara mara .Beliau tak pernah membuatkan aku terasa hati atau marah Abang shekh antara Abang sepupu kesayangan aku. Lebih kurang jam 12.30 malam aku membalas kembali sms beliau.

“ Ya ALLAH, awal syawal barakah ini ,muliakan dan sayangi saudaraku yang sedang m’baca sms ini.Bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya, kuatkan imannya.beri kenikmatan ibadah,jauhkan dari fitnah, suburkan benih KEISLAMAN dgn penuh kasih sayang tanpa alasan,Amin ya ALLAH amin……..SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN DRP B.cik & famili…1430H.

Seperti biasa hari raya pertama aku beraya di Butterworth dan hari raya ketiga kembali ke Kajang selangor
Pada raya ke 4 aku terima tel. dari Kak Esah mengenai kemalangan membabitkan kereta A.Shekh sekeluarga keadaanya agak kritikal di wad ICU.Isteri beliau ketika itu dalam keadaan sarat mengandung 7 bulan tidak mengalami kecederaan sirius dan anak beliau selamat . Dalam keadaan aku tidak sihat demam Lebih kurang jam 12.15 aku sampai di hospital Sungai Buluh tak dapat masuk kerana waktu melawat pukul 1.30 petang.disana jumpa saudara yang lain dan di fahamkan kemalangan berlaku pada pagi hari raya pertama jam lingkungan 3.30-4.30 pagi.Beliau masih sedar selepas kemalangan sehinggalah pembedahan pertama dilakukan pada bahagia perut selepas itu keadaan beliau tidak sedarkan diri.

Hari raya ke 6 aku kena demam campak sebab itu langsung tak beraya di rumah sesiapapun.Pada tanggal
16hb Okt.2009 jam 5.45 petang aku menerima panggilan dari Ami dolah(Syed Adullah) memaklumkan keadaan
A.sheikh yang semakin kritikal dan pihak hospital memberi kelongaran kepada keluarga terdekat untuk ziarah.Adat kata Beliau hanya bergantung kepada saluran bantuan oksigen sahaja.Memandangkan masa singkat aku buat keputusan akan ziarah beliau keesokan harinya sabtu 17hb.Kita merancang dan Allah merancang sesunguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Dalam masa yang sama Isteri beliau di tahan di Hospital Ipoh kerana masalah tekanan darah tinggi , aku difahamkan sekiranya keadaan ini tidak berubah isterinya terpaksa melakukan pembedahan demi menyelamatkan anak dalam kandungan.Alhamdulllah dengan kebesaran Allah tekanan darah turun dan pihak saudara menghubungi Hospital Ipoh supaya Isteri beliau dapat di keluarkan dari hospital Ipoh supaya boleh di bawa ke hospital Sungai Buluh. Keluarga dinasihatkan tidak menceritakan keadaan sebenar suami beliau supaya tidak belaku apa apa tekanan dalam perjalanan nanti. Lebih kurang jam 5.00 petang isteri beliau sampai di hospital sungai buluh .Beliau dan anak ziarah Suami diwat ICU.Seorang keluarga beliau memberi sedikit maklumat agar beliau melepaskan A.Shekh redha dengan rela hati.Bayangkan dalam keadan beliau yang sarat mengandung suami pula dalam keadaan koma tidak Sedarkan diri.jam 9.30 dalam keadaan tangisan beliau menganguk kepala dan pehak hospital mengambil keputusan menutup semua suiz mesin yang menyambung pada badan A.Shekh.lebih kurang jam 9.50 malam A.Sheikh menghembuskan nafas terakhir meninggalkan semua sanak saudara menyambut panggilan ilahi.Suasana bilik ICU mengambarkan segala galanya kesedihan dan tangisan serta iringan doa silih berganti.Saudara yang lain yang tak dapat masuk dapat juga melihat dari luar cermin bilik ICU.

Selesai urusan menemani pehak keluarga saya balik ke Bangi jam 3.15 pagi.Jenazah tidak boleh dikeluarkan pada malam itu Kerana proses forensik serta pehak hospital terpaksa menjahit semula pembedahan diperut yang masih terbuka.Jenazah akan dimandikan dan di kafankan di hospital keesokkan paginya.Dalam perancangan jenazah akan di bawa terus ke Masjid Damansara Damai supaya sanak saudara melihat buat kali terakhir.Yang paling utama bonda Beliau Sharifah Hafsah yang uzur tak dapat ke Hospital di beri pengghormatan mencium pipi anaknya untuk kali terakhir.Setelah proses selesai Jam 12.45 jenazah sampai di Masjid Damansara Damai suasana semakin pilu bila boy(cucu)mendukung Bonda Sharifah Hafsah ke pangkuan arwah untuk melihat jenazah anak kali terakhir…………….aku tak mampu melihatnya lagi camera dipadamkan …….cukup teharu….ya allah kau tempatkan beliau bersama para syahada dampingilah beliau bersama kekasihmu. Isteri dan anak baru sampai di masjid semasa sembahyang jenazah dijalankan…..allah hu akbar ….allah hu akbar.......

Penganti.........Syed Shahir bin Syed Mustaffa

Allah itu maha adil,maha kasih sayang.Allah SWT tunjukkan kebesaranya secepat ini.Jam 4.00pagi isteri arwah terasa sakit bahagian perut dan lebih kurang jam 6.00 pagi beliau melahirkan zuriat kedua.Seorang putera pewaris jenerasi pengganti kasih.Kalau dikatakan Jihad bagi wanita bila ia mengandung bila saat melahirkan inilah anugerah paling istimewa,kebesaran Allah SWT terbukiti dalam keadaan kesedihan hati isteri terubat dengan penganti secepat ini. Keceriaan terpancar di wajah si isteri beban yang di tanggung kesedihan yang dirasai terubat.Lihatlah menerusi hati kecil dengan JIWA YANG TENANG semoga kita dapat iktibar kebesaran Allah dan menguatkan iman kita insyaallah.

Isteri yang baru melahirkan dan anak baru dilahirkan cukup sihat dengan penyusunan ALLAH SWT segala urusan menjadi mudah dalam keadaan baru melahirkan beliau di benarkan keluar dari hospital. Semoga Rohnya Syed Mustaffa dapat pergi dengan tenang serta dapat melihat anak beliau untuk kali terakhirnya.

Di kabarkan sebelum ini arwah sampaikan pesanan seandainya lelaki namakan anaknya………
SYED SYAHIR BIN SYED MUSTAFFA

Friday, 4 September 2009

Kita harus tahu..........caranya

TUESDAY, SEPTEMBER 1, 2009

Perbezaan Hukuman Sebat Secara Islam dan Sivil

CARA ISLAM - HUDUD




SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SIVIL ( HUKUM MANUSIA )






SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

aku kata ......Politik itu kotor

(Politik) Pelik Tapi Benar

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak)

2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah Kami Dengar dan Taat.

8. Bila orang luar hina Nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina Nabi, senyap membisu (mungkin orang Paslebih sayangkan RPK dari Nabi).

9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAPber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orangDAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razakkata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.


Aku kata dia PENGKIANAT BANGSA

Sunday, 23 August 2009

Thursday, 7 May 2009

Permata hatiku, selamat hari IBU - Sharifah Tijah bt Syed Abbas

Ibu.. kau terindah dihatiku
Jasamu takkan terbalas olehku
Kau selalu menjagaku
Agar ku tak jatuh kedalam
Lembah Gelap itu…

Ibu.. takkan aku melupakanmu
Kukenang kau dalam bahagiaku
kau begitu indah dihatiku
Selalu ku turuti pintamu

Ibu.. maafkan aku jahat padamu
membuatmu gundah akan sikapku
membuatmu marah karna tingkahku
tapi kau tak pernah membentakku

Ibu.. sungguh besar kasih sayangmu
takkan habis terkikis oleh waktu
takkan terganti oleh harta
Nilainya tak ternilai oleh RM

Tapi izinkan aku ucapkan rasa sayangku
berikan kau hadiah istimewa dariku,
kukan bahagiakanmu selalu
izinkan ku ungkap rasa bahagiaku

di sepanjang hayatku bersamamu

Sepenggal Doa Untuk Ibu
Tulus dari hatiku

Udin 8-5-2009

Monday, 4 May 2009

Penting.


Perhatian !

Untuk makluman keluarga semua yang melayari laman syedmzazi.blogspot.com, Salasilah yang terdapat pada  blog ini adalah dalam proses pembikinan oleh yang demikian terdapat banyak kesilapan dan kekurangan yang harus diperbetulkan dahulu.Peringkat demi peringkat dipaparkan supaya ahli keluarga dapat memerhati dan memaklumkan semula kesilapan atau cadangan sebelum di cetak poster.

Oleh itu tolong jangan sebarkan lagi salasilah itu agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.Untuk pengetahuan semua meskipun salasilah ini sudah kita siapkan namun ia akan dirujuk kepada pakar salasilah yang akan mengesahkan susunan ia betul.Sekali lagi di ingatkan jangan sebarkan lagi salasilah ini. 
Kerjasama dan sokongan dari semua keluarga amat diharapkan.

syedmzazi@gmail.com 

Sunday, 3 May 2009

Kenali Qabilah kita


AL-BA’AQIL

Yang pertama kali digelar “Ba’Aqil” ialah Waliyyullah ‘Aqil bin al-Imam
Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin
Muhammad al-Faqih al-Muqaddam.
Waliyyullah ‘Aqil bin Abdurrahman as-Seggaf dilahirkan di kota Tarim.
Dikurniai 1 orang anak lelaki yang bernama; Abdurrahman bin ‘Aqil ,dikurniai
3 orang anak lelaki masing-masing, Hassan, Muhammad al-Hadi, yang menurunkan
“al-Ba’Aqil as-Seggaf”, Umar, yang menurunkan keturunan al-Ba’Aqil.
Waliyyullah ‘Aqil bin Abdurrahman as-Seggaf pulang ke rahmatullah di kota
Tarim pada tahun 871 H.


AL-AL QADRI

Yang pertama kali digelar dengan gelaran “al-Qadri” adalah Waliyyullah
Muhammad bin Salim bin Abdullah bin Muhammad bin Salim bin Ahmad bin
Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Hassan al-Muallim bin Muhammad bin
Hassan at-Turabi dan seterusnya.
Sebab beliau digelar dengan gelaran itu adalah kerana dalam semua aspek
kehidupan beliau, beliau adalah seorang yang bgitu pasrah dan menyerahkan
dirinya pada taqdir Allah SWT, terutama sewaktu ditimpa sesuati musibah hal
tersebut menunjukkan bahawa beliau mempunyai tahap iman yang begitu kuat
sekali. Kata taqdir berasal dari bahasa Arab yang sinonimnya adalah
‘al-Qadr’.
Waliyyullah Muhammad al-Qadri dilahirkan di Tarim, Hadhramaut dan
dikurniakan 2 orang anak lelaki yang melanjutkan keturunannya, masing-masing
bernama:
v Abdullah, keturunannya hanya berada di Macha, Hadhramaut.

v Hussien, keturunannya kebanyakannya berada di Indonesia, termasuk di
antaranya Sultan Abdurrahman bin Waliyyullah al-Habib Hussien bin Ahmad
al-Qadri, pendiri Kota Pontianak (Kalimantan). Beliau dikurniai 66 orang
anak. Wafat pada tahun 1231 H di Batu Layang, Pontianak.

Waliyyullah Muhammad bin Salim al-Qadri pulang ke rahmatullah di kota Tarim
pada tahun 1079 H.

Wednesday, 29 April 2009

Habib Umar bin Hafiz,Ulamak Habaib terkenal masa kini.

Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein pute
ra dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja’far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari
 pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w..

Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim.

Untuk maklumat lanjut layari : http://pondokhabib.wordpress.com/

Tuesday, 28 April 2009

Doa kami..............



Dengan linangan airmata serta doa khusus untuk Sh.Zauyah bt Sy. Hussain yang telah kerahmatullah pada pagi 14hb April 2009.Semoga rohnya mendapat keberkatan dan di tepatkan bersama sama orang yang solehah .Allahyarhammah seorang yang cukup baik wataknya mudah tersenyum , mengembirakan saudara yang ditemuinya dan seingat ana beliau tak pernah marah miskipun kesilapan yang pernah ana lakukan sepanjang menziarahi beliau.
Bagi keturunan Syed Abbas ba Aqil kami dapat rasakan kehilangan beliau, seperti hilangnya sebutir mutiara pengikat persaudaraan.Kebaikan yang telah beliau lakukan dan doa kami mudah mudahan mendapat tempat di sisi ALLAH SWT. 
Sedekahkan Alfatihah kepada beliau.
Amin 

Saturday, 18 April 2009

Ulul ALBAB


Yahudi gerun keturunan Rasullah
Ahlul-bait jaga nama baik Nabi Muhammad sambung pejuangan dakwah

“SESUNGGUHNYA hak Rasullah tidak apat ditunaikan oleh seseorang dan Rassullah tidak meminta lebih daripada cintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau dapat menghadap Rasullah SAW ketika baginda memberi syafaat bagi mu di sisi Allah, Walaupun balasan cucunya,padahal baginda tidak meminta apapun darimu kecuali hak mencintainya.” Dari Muhamad Abduh Ramani,PandanganAhlussunah terhadap Ahlul-bait. Ketika penulis berjalan di pusat membeli belah Almanda putrajaya tidak lama dulu,penulis terserempak dengan buku bertajuk
ahlul-bait (keluarga Rasullah SAW dan kesultanan melayu,susunan Tun Suzana Tun Osman dan Muzaffar Mohammad.
Demi cintaan kepada ahlul-bait Penulis membeli buku tersebut.
Sememangnya ia sangat informatif dan manafaat.Semalam sebagai tanda kasih dan kesyukuran atas jasa dan tidak ternilai
Jasanya kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat hari keputeraan Rasullah SAW di seluruh dunia.umat islam
merayakan dengan berbagai cara,dengan perarakan,zikir maulud,bacaan selawat dan sebagai bukti negara kita menjadikan
hari berkenaan sebagai cuti umum setiap tahun.Satu aspek jarang di sentuh dalam kita memperingati hari keputeraan
Rasullah saw dalam hadis di sebut;
“Belum sempurna iman seseorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi Cinta
kepada dirinya sendiri;Sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunan
nya sendiri;Sebelum cintanya kepada ahlul-baitku melebihi cinta kepada Keluarganya sendiri dan sebelum cintanya kepada zat ku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.”
(Riwayat at Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan kepada pemahaman ayat alQuran yang bermaksud “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya menjadi ibu mereka.”(Surah al Ahzab :16)
Dalam sistem khilafah atau kenegaraan islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan
sistem perkhidmatan awamnya.Ia membuktikan pentingnya mereka dalam islam, kerana mereka adalah titipan dan pusaka
Baginda kepada umatnya Nabi bersabda maksudnya:
“Ku tinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan) Kiabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi dan keturunanku. Kedua duanya tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku Di Haud(telaga nabi di Syurga).”hadis Riwayat Ahmad.Dalam sistem itu seperti ditulis Al-Mawardi(w.450H) dalam kitabnya al Ahkam al-Sultanniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin oleh Naqib yang bertanggungjawab melindungi keluarga mulia supaya tidak termasuk didalam orang yang tidak Sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang
yang daripada keturuannya. Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan
tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.Seorang Naqib juga perlu memastikan ahlu-bait Rasullah SAW
Dibawah sayabnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat
terhadap nama baik zuriat Rasullah saw tetap terpelihara.Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang di tetapkan al quran
Seperti dalam ayat yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bemaksud hendak menhilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan
mensucikan kamu sesucinya”. (surah Al-ahza:33).Dalam hadis ada di sebut “bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit
sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi.(Hadis riwayat at-Tabrani).
Kecintaan junjungan terhadap ahlul-bait tidak perlu dipertikai.Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang
Bermaksud Janganlah kamu berselawat untukku dengan ‘selawat Batra’. Para sahabat bertanya “wahai Rasullah apa yang di maksudkan dengan Selawat batra?”Baginda menjawab “Kalian mengucapkan : Ya Allah limpahkan selawat kepada Muhammad,lalu kalian berhenti disitu. Ucapkanlah ya Allah Limpahkan selawat kepada Muhamad dan kepada keluarga Muhammad (ahlul-bait).
Namun demikian ada juga dikalangan umat islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka
memperkecil dan menghina mereka. Aisyah RA meriwayatka hadis yang bermaksud “ enam macam orang yang aku mengutuk
pada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap nabi itu diperkenankan permohonannya iaitu:

1 – Orang yang menambah kitab Allah
2 - Orang yang mendustakan ketentuan Allah
3 – Orang yang mengalah kepada Pemerintah sombong dan kejam lalu memuliakan orang yang direndahkan Allah dan
merendahkan orang yang dimuliakan allah.
4 – Orng yang menghalalkan larangan Allah
5 - Orang yang menhalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan
6 – Orang yang meninggalkan sunah ku
(hadis riwayat Tarmizi dan al-hakim)


Dalam hadis ini disebut orang yang mendapat kutukan baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang
Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait bahkan mengambil hak mereka.
Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi
lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendiakawan Zionisme nombor satu ada menyatakan “… anda akan dapat melihat
kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita, ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat kad induk (iaitu)
pembinasaan golongan bangsawan warisan (geneological aristrocracy) yang juga satu satunya golongan menjadi pertahanan
semulajadi bangsa dan negara daripada serangan kita.Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi diraja) yang
bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang di ketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis).Begitu
pula dalam protokol nombor Tiga : “orang orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan)yang
Sebenarnya adalah satu satunya pertahanan rakyat seta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka atas keterikatan dengan
kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan ini).
Pada hari ini pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini Rakyat jelata jatuh kepada cengkaman Kapitalis dengan kezaliman
Mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.Kedua dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.
Sebagai tanda cinta dan kasih sayang bagin kepada umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan Ahlul-bait baginda penyelamat
di bumi seperti dalam hadis diatas.Bahkan pada akhir zaman Ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasullah bahawa
pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digempala menjadi budak bermain ular dan kala jengking.Ular dan kala jengking
tidak membahayakan sama sekali.Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hampir hasil hampr 700 mud.Riba,
perzinaan dan minuman keras akan menjadi Lenyap.umat manusia berumur panjang,amanah di tunaikan hal yang keji lenyap dan
orang yang benci ahlul-bait Rasullah binasa.Dalam pada umat manusia diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan
peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada
potensi mereka.Keyakinan Yahudi zionis pada potensi ahlul-bait Rasullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur berbagai
perencanaan seperti terkandung dalam protokol cendekiawan zionis untuk menghapuskan potensi Ahlul-bait, contohnya mencemarkan
nasab mereka , terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai ‘geneological aristrocracy atau
bangsawan warisan’.(ahlul-bait…442).Rasullah sebagai warisan Ilahi yang membawa rahmat dan menyelamatkan umat manusia
dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang,daripada kehancuran kepada keselamatan.Dalam tugas itu
baginda tidak mengharapkan upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.“Katakanlah (wahai muhammad):aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah(imbuhan) mengenai ajaran islam yang aku sampaikan itu (yang aku Minta) hanyalah kasih mesra
dalam kekeluargaan.” (surah asy-syura23). Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi; “aku tidak meminta
imbuhan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian bekasih sayang kepada keluargaku”.
Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita keatas kewajipan agama islam.


Berita minggu
1 April 2007

Thursday, 5 March 2009

Ya Allah berikan kekuatan akidah kepadaku,keluargaku dan seluruh keturunanku.Amin.......

Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS. Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakkan kesucian agama mengatasi kepentingan parti.Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama. Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.
Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan. Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran. Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup. Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”. Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.
Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing. Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.
Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan. Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau. “Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya. Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. “Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan) “Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita. “Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam. “Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar. Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini. Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku. “Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah. “Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati termasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau. Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.
“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid. Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”.

Terima kasih Ustaz Taib Azimuddin Orang Baling,Kedah
Politik Malaysia

Monday, 2 March 2009

Baca.......Isu Penggunaan Kalimah Allah

DAULAT TUANKU
Kami Berdiri Teguh Bersama Tuanku Dan Menerima apa-apa
Keputusan Yang Tuanku Fikir Adalah Terbaik Demi Rakyat

Isu Penggunaan Kalimah Allah


06/02/2009 | Utusan Malaysia

Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama.
Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?

Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul.

Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :

Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")

Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.

Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?

Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:

Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.

Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu."


Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.

petikan dari Institut Kefahaman Islam Malaysia

kata BELANTAN "Anwar disanjung oleh majlis gereja !




AHAD, MAC 01, 2009
Anwar disanjung oleh Majlis Gereja !
Sebagai pembuka ayat dalam Church Times, yang ditulis pada 14 March, 2008 Peter Riddell mengatakan "Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia". Peter Riddell atau nama sebenar Dr Peter G. Riddell, adalah Profesor dan Dekan di Pusat Kajian Islam & Kepercayaan-kepercayaan Lain di Kolej Kitab Bible Victoria, di Australia.
Kata-kata pembuka bicara profesor Kristian itu ditulis dalam artikel bertajuk "Satu titik perubahan untuk Malaysia" (A watershed for Malaysia) sebagai mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dalam PRU 12 Mac lalu.

Dakwa Peter Riddell; Kemenangan itu didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang berbilang agama dengan dasar kerajaan. Minoriti agama lain, yang mempunyai 40 peratus undi telah menyuarakan protes. Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Tulis Peter Riddell lagi; Pihak berkuasa Islam di Malaysia telah mengharamkan penggunaan perkataan "Allah" untuk penganut Kristian dalam sembahyang dan penerbitan-penerbitan mereka. Masyarakat Kristian di Malaysia berhujah perkataan "God" itu merujuk kepada "Allah" jika diterjemah Kitab Bible ke Bahasa Melayu.

Dakwa penulis itu lagi, dasar-dasar ketidakadilan kerajaan dalam pembahagian ekonomi menyebabkan penganut agama Hindu dan Buddha di Malaysia telah bersama-sama menyuarakan bantahan. Akibat perobohan kuil-kuil, beribu-ribu penganut Hindu telah berdemonstrasi di jalan-jalan ibu kota pada November lalu.

Penulis itu merumuskan kejayaan besar PR di Malaysia kerana faktor Anwar Ibrahim yang memiliki karisma tinggi. Anwar Ibrahim yang membawa imej Islam Moderat dalam partinya (PKR) telah berjaya menyatukan pembangkang dan dalam masa sama PKR menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam.

Hasilnya PKR berjaya menghantar 31 wakil di parlimen dan menjadi rakan kongsi senior dalam kerajaan campuran di tiga negeri yang dimenangi oleh PR.

Tulisnya lagi, Golongan bukan Islam sangat gembira dengan keputusan itu berasaskan beberapa faktor. Pertama, tiada lagi dominasi Islam kerana PAS juga termasuk dalam PR yang bersedia menggugurkan konsep "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan". Kedua, tiada lagi perlumbaan menjadi jaguh agama dalam PR tetapi diganti dengan sifat pluralist dan Islam-friendly kerana diketuai oleh PKR yang bercakap kepelbagaian etnik dan persamaan pelbagai agama.

Anwar Ibrahim pula berkata; "Orang ramai telah mengundi dengan tegas untuk satu era baru di Malaysia, di mana kerajaan mesti benar-benar menyeluruh, dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, budaya atau agama, kerana mereka adalah sebuah negara bangsa Malaysia."

Menyentuh mengenai PAS, profesor Kristian itu menulis seperti berikut; Golongan lama PAS, yang diwakili oleh Mursyidul Am, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dipaksa menyebut dalam syarat-syarat serupa dan mengisytiharkan: "Kita akan menghampiri kemenangan daripada satu sudut pandangan Islam, dan ini bermaksud semua orang adalah sama rata. Semua adalah bersaudara. Sepatutnya tiada lagi pembahagian rakyat berasakan perkauman."

Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah asing kepada Dr Peter G. Riddell, Profesor di Pusat Kajian Islam Kolej Kitab Bible Victoria, Australia itu kerana sebelum ini, pada tahun 2006, Anwar pernah menghadiri dailog antara agama anjuran Majlis Gereja-gereja Victorian, di Australia.

Rev Dr Duncan Reid dari Majlis Gereja-gereja Victorian menulis laporan mengenai ucapan Anwar dalam majlis itu.

Tulisnya, Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam Al-Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, "dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali".

Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."

Semasa Anwar Ibrahim diwawancara oleh majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007, beliau secara tegas mengatakan hanya dengan IFC (Interfaith Council) dapat mewujudkan keharmonian antara agama.

Kata Anwar, "Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan - itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab. Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu".

Terence Netto menulis di Malaysiakini pada 2 Februari 2008, mengenai pertemuan tertutup Anwar Ibrahim dengan 200 paderi dan aktivis Kristian dari Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya, menjelangnya saat-saat akhir PRU 12.

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia.

Kunjungan balas, wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri.

Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.

Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.

Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You".

Suara Politik
Taminsari

Saturday, 21 February 2009

Al ba Aqil @ Al Aqil


Alhamdulilah sedikit rujukan Amiden dapat petunjuk keturunan Tokmi/Bonda Sharifah Tijah Syed Abbas.Sedikit tetapi sekurang-kurangnya kita dapat informasi dari mana lahirnya keturunan Al baaqil.

Sharifah Tijah bt Syed Abbas b syed ali b syed Mahmud.......bin?

Muhamad Maula Dawilah anak beliau Sheikh Al Ghauts Abdurrahman(As Seggaf)mempunyai 7 anak,
1.Abu Bakar Assakran(terdapat dalam salsilah kita),
2.Abdullah - Abdurrahman - Abdullah - Salim - Alhabib Aqil(mempunyai 5 orang anak)
1.Salim 2.Syaichon 3.muhamad 4.zein 5.abdurrahman(alAttas)
3.Alwi
4.Ali
5.Aqil - abdurrahman(3 orang anak)1.Hassan 2.Muhammad 3.Umar(Membawa gelaran BaAqil)
6.Hussein dan
7.Ibrahim

Rujukan http://ahlulbait.wordpress.com

Friday, 20 February 2009

Alhamdulillah..........

Assalamualaikum!
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah....
Tiada perkatan yang terbaik dapat Amidin lafazkan melainkan dengan kata syukur kehadrat Allah SWT.......Dalam keadaan semasa (kata orang)ekonomi gawat Amiden serahkan segala galanya kepada allah untuk menentukan punca rezeki,Alhamdlillah
sekali lagi rezeki untuk kali ini melimpah-ruah.Amiden baru siapkan 6 carta organisasi kementerian pendidikan malaysia dan banyak lagi susulan yang menanti.

Yakinlah !!!!
Yakinlah kita dengan kekuasaan Allah
Yakinlah kita dengan Allah maha pemurah,penyayang dan maha pengasih
Yakinlah kita hanya merancang Allah menentukannya dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Amidin masih ingat pesanan mungkin juga teguran dari Ayahanda Syed Abdul Aziz kalau kita selalu kata susah maka susah le jadinya,kalau kita kata sibuk maka sibuklah kita
dari berbuat amal tapi kalau kita yakin dengan Allah,Insyaallah kita cukup dekat dengan Allah.

Alhamdulillah! kita dilahirkan dari sirah keturunan yang baik-baik,tapi ini tidak bermakna kita harus duduk diam memerhati tingkah laku umat Muhammad saw melakukan kesilapan......Kita wajib melakukan sesuatu........Amidin masih Ingat Ayahanda selalu menyebut Ahlulbait tapi masa tu........ Ayahanda masih ada Amiden tak perlu fikirkan sangat......tapi bila kita mencari....seharusnya kita sedar sesungguhnya kita mempunyai AMANAH yang cukup besar.

Dalam tulisan seterusnya Amidin akan lampirkan AMANAH dan tokoh penting dalam senarai salasilah keluarga kita.

Tengku Kudin.

Friday, 6 February 2009

Mujahidin Melayu....Ayuh bangkit dan pertahankan '"9 Pedang Fatimah"



Hari ini kesabaran kita sudah sampai ke titik noktahnya ! hari ini aku tidak mahu lagi menggelarkan diri kita sebagai 'kita'..sebaliknya aku akan gelarkan setiap dari kamu adalah mujahidin.ya mujahidin kerana pada sebentar tadi sudah sudah ada kumpulan melayu bertaraf talibarut menjelmakan pendirian mereka secara 'rasmi' berani untuk menggempur 9 sultan melayu !

Pakatan talibarut yang diketuai oleh kepalamunafik anwar ibrahim secara umumnya telah 'MENGISTIHARKAN PERANG' terhadap tuanku sultan azlan !

pakatan talibarut ini secara umumnya telah mengistiharkan di khalayak umum untuk menyaman kebawah duli tuanku sultan azlan shah !

pakatan talibarut barut ini sudah berani mengistiharkan diri mereka untuk menderhaka kepada ke bawah duli tuanku sultan azlan shah ! deklarasi 'DERHAKA' ini diumumkan oleh seorang menteri besar dari parti pas , nizar jamaludin ( satu contoh jelas dan nyata inilah keparat melayu bertaraf anjing !)

3 perkara di atas sebenarnya telah memulakan 'percikan api-api' yang kecil untuk membenarkan satu gerakan pemula REVOLUSI MENJATUHKAN SULTAN-SUTAN MELAYU !

ya memang benar anwar bin ibrahim telah menyemai semangat 'ketuanan rakyat' ...ia digemburkan sebagai satu platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara...slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT' kerap dicanang. sebenarnya ia membayangkan akan cita-cita anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DENGAN ERTIKATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN OF MALAYSIA' !

anwar bin ibrahim merupakan anak melayu yang pertama menyokong agenda menarik balik kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993. gertakan anwar yang pada waktu itu merupakan naib presiden umno untuk mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja menyebabkan seluruh sultan-sultan melayu terpaksa tunduk di tangan anwar...dan kerana gertakan maha hebat inilah anwar bin ibrahim berjaya menduduki kerusi timbalan presiden umno setelah imejnya menumbangkan raja-raja melayu terbukti berhasil !

anwar bin ibrahim telah menyambung usaha-usaha regim kafir untuk menghakis kedaulatan raja-raja melayu...anwar bin ibrahim dan 'ketuanan rakyat' telah berjaya menyambungkan semula ide 'malayan union' ..satu konsep total menghapuskan hak melayu dan islam di bumi malaysia ini ! persamaan konsep 'malayan union' dan 'ketuanan rakyat' ini telah diimplementasikan di penang dengan penghapusan DEB sehari selepas kemenangan DAP !

hari ini di negeri perak mereka telah memulakan langkah-langkah implementasi ke arah menjahanamkan maruah ke bawah duli sultan azlan shah !

aku menyeru kepada seluruh umat melayu...AYUH BANGKIT DAN PERTAHANKAN SULTAN AZLAN SHAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR !

hari ini aku akan memecahkan 'dua rahsia' besar 9 sultan melayu...ia telah tersimpan dengan sebegitu lama dikalangan orang-orang tertentu...selama 500 tahun lebih ianya kukuh disimpan dan diturunkan dari satu legasi ke legasi oleh 9 sultan melayu..

siapa sultan-sultan melayu itu ? ..mereka itu adalah nasab dan punyai darah keturunan fatimah r.ha. ya memang benar peristiwa karbala telah memenggal kepala cucu rasulullah...ya memang benar kepala husin telah di sepak-sepak oleh keparat yazid..tetapi mereka lupa bahawa hasan r.a punyai anak lelaki bernama ali bin zainal abidin. bermula dari darah ali inilah merebaknya keturunan mulia nabi saw merebak ke seluruh dunia..

selama 1500 tahun ISLAM itu bertahan dan terus berkembang..bermula dengan 4 khulafa,tradisi pemerintahan islam ini terus dinaungi dengan pemerintahan bani umayah,abasiah,idrissiyah,hammudiyah,fathimiiyah,kesultanan magribi,imam-imam zaydiyah,syarif-syarif mekah,raja iraq dan jordan,uthmaniah.

pemerintahan dan darah-darah zuriat fatimah r.ha ini terus menerus mennkluki bumi india melalui kesultanan delhi,islam di xinjiang hingga merebak ke gagasan wilayah bumi nusantara.zuriat-zuriat nabi saw ini berkembang biak melalui kaedah dakwah islamiyah dan perdagangan...keturunanan mulia ini berkembang melalui perkahwinan dengan anak-anak ketua masyarakat tempatan.

islam dan pemerintah yang punyai darah dari nasab fatimah r.ha akhirnya sampai ke bumi melayu. sebut sahaja akan kekuatan kerajaan islam di acheh,pasai,riau,pontianak,brunei,champa,patani,wilayah sulu,moro,deli,palembang,bintoro di demak,cirebon,banten,ternate,pakubuwono di surakarta sudah menggambarkan SECARA TOTAL kekuatan pengaruh nasab dari darah keturunan fatimah r.ha menakluki dunia....

nama-nama besar ulamak dan umarak keturunan junjungan mulia nabi saw telah banyak memberikan jasa dalam perkembangan islam di sini..sebut sahaja nama-nama besar sayid husein jamil kubra,maulana malik ibrahim,maulana rahmatullah (sunan ampel),maulana makhdum ibrahim(sunan bonang),maulana syarifudin hasyim (sunan darajat),raden paku (sunan giri), syarif hidayatullah (sunan gunung jati) dll sudah membuktikan akan penerusan dakwah islamiyah yang dijalankan oleh keturunan mulia junjungan besar nabi saw !




dan ia sampai ke sini, ditanah yang kita sedang duduki.bumi bertuah tanah melayu..disinilah RAHSIA BESAR ini disimpan, '9 pedang fatimah' yang terakhir di ufuk timur .mereka ini keturunan ahlul bait..keturunan fatimah r.ha yang datang dari hsil dakwah dan penaklukan yang bermula di kota melaka..dari kota melaka itulah ALLAH SWT menqadaqkan akan wujudnya kesultanan melayu.

1500 islam berkembang..adakala ia berjaya dan adakalanya ia tumbang..rabbullalamin telah mengatur penceritaan hebat ini..dari benua arab ke eropah ke benua afrika ke india ke china satu persatu kerajaan islam tumbang...bermula dengan idrisiah,hamuudiyah,fathimiyah,mamluk,kesultanan delhi di india,islam di cordoba,di tanah besar china pemeritahan islam hancur dan tumpas satu persatu ..tewas kerana taklid yahudi dan nasrani yang sememangnya mahukan pemerintahan islam keturunan nabi saw dihapuskan.

portugis,belanda,ingeris punyai agenda yang sama menghapuskan amalan islam demi survival ketuanan mereka.

kawasan keliling pemerintahan islam di nusantara akhirnya tumbang di tangan mereka. acheh,riau,champa,patani,pontianak,riau dll telah hilang dari muka bumi..TETAPI di tanah melayu ini , perencanaan rabbulalamin untuk memelihara nasab keturunan nabi saw terus kekal walaupun sudah berlanjutan selama 500 tahun lebih..

'9 pedang fatimah' ini gelaran diberi.. inilah pedang-pedang terakhir dari nasab keturunan nabi saw. '9 pedang fatimah' inilah BARISAN SULTAN-SULTAN MELAYU ! inilah barisan terakhir di ufuk timur ! yang lainnya sudah lama hancur !

mahukan buktinya ? biarkan aku aka GAP huraikan DUA diantaranya !

sultan-sultan pahang,keturunan sultan johor,DYMM sultan zainal abidin,syed jaafar dato pasir raja,tun habib abd majid bendahara seri maharaja,maharaja sri dirajadato seri maharaja,abdullah al idrus (nikah dengan puteri acheh) dari sinilah keturunan parameswara raja melaka (1390-1414), sheikh al idrus,abdullah sheikh al idrus,abu bakar al shukran,abdul rahman as saqaf,muhammad mauli ad dawilah,ali,alwi,muhammad al faqih muqaddam,ali,muhammad sahib mirbath,ali khali qasam,alawi,muhammad,alawi,ubaidullah,ahmad al muhajirlillah billah,is ar rumi,muhammad al naqib,ali al uraidy,jaffar al siddiq r.a, muhammad al baqar,azli zainal abidin,ali hussein r.a,saidatina fatimah r.ha DAN RASULULLAH SAW !

SATU RAHSIA BESAR JUGA AKAN AKU GAP BONGKARKAN !

ADAKAH KAMU TAHU SELEPAS KERAJAAN TERAKHIR DINASTI UTHMANIAH (TURKI) TUMBANG PADA TAHUN 1921, 9 SULTAN-SULTAN MELAYU TELAH BERGERAK KE KOTA KAABAH UNTUK BERJUMPA DENGAN SYERIF (PENGUASA) MEKAH DAN MADINAH DAN MEMBERIKAN SATU TAWARAN PALING MENGEJUTKAN ?

9 SULTAN MELAYU TELAH 'MEMINTA' DARIPADA PENGUASA MEKAH UNTUK 'MENGAMBIL ALIH' PENGUASAAN DINASTI UTHMANIAH YANG TELAH TUMBANG !

9 SULTAN MELAYU INI DENGAN BERANI MEMBERIKAN JAMINAN KEPADA PENGUASA MEKAH UNTUK MEWUJUDKAN SATU PENTADBIRAN BARU ISLAM BAGI MENGGANTIKAN DINASTI UTHMANIAH DENGAN DINAMAKAN SEBAGAI 'DINASTI SULTAN MELAYU' !

TETAPI PERMINTAAN INI TELAH DITOLAK ..MUNGKIN KERANA PENOLAKAN INI JUGALAH PENGUASA MEKAH PADA TAHUN BERIKUTNYA TELAH TUMBANG DI TANGAN PUAK SAUD DAN KETURUNAN WAHABI !

9 sultan dipelihara oleh rabbulalamin...


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUKBAR ....

1500 tahun yang lepas nabi saw telah memberikan kita mesej penting.

'ku tinggalkan di tengah kalian du pusaka kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku ...ahlul baitku. sungguhlah kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di HAUDH (telaga nabi di syurga)'...

sabda rasullullah saw 'mereka (ahlul bait) adalah keturunanku,dicipta dari darah dagingku dan dikurnia pengertian serta pengetahuanku. celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. kepada orang-orang seperti ini ALLAH SWT tidak akan menurunkan syafaatku(pertolonganku)'... riwayat al hakim berasal dari zaid bin arqam r.a

HARI INI '9 PEDANG FATIMAH' KESULTANAN MELAYU TELAH DICABAR OLEH ANWAR IBRAHIM !

HARI INI PARTI PAS TELAH MENGISTIHAR UNTUK MENDERHAKA KEPADA KETURUNAN RASULULLAH SAW !

AKU..GAP DENGAN INI MERAFAK SEMBAH KEBAWAH DULI TUANKU UNTUK 'MEMPERTARUHKAN DARAH DAN NYAWA' AKU MEMPERTAHANKAN KETURUNAN RASULULLAH SAW ! BAGAIMANA DENGAN KAMU ?