Friday, 4 September 2009

Kita harus tahu..........caranya

TUESDAY, SEPTEMBER 1, 2009

Perbezaan Hukuman Sebat Secara Islam dan Sivil

CARA ISLAM - HUDUD




SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SIVIL ( HUKUM MANUSIA )






SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

aku kata ......Politik itu kotor

(Politik) Pelik Tapi Benar

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak)

2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah Kami Dengar dan Taat.

8. Bila orang luar hina Nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina Nabi, senyap membisu (mungkin orang Paslebih sayangkan RPK dari Nabi).

9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAPber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orangDAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razakkata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.


Aku kata dia PENGKIANAT BANGSA