Wednesday, 29 April 2009

Habib Umar bin Hafiz,Ulamak Habaib terkenal masa kini.

Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein pute
ra dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja’far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari
 pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w..

Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim.

Untuk maklumat lanjut layari : http://pondokhabib.wordpress.com/

Tuesday, 28 April 2009

Doa kami..............



Dengan linangan airmata serta doa khusus untuk Sh.Zauyah bt Sy. Hussain yang telah kerahmatullah pada pagi 14hb April 2009.Semoga rohnya mendapat keberkatan dan di tepatkan bersama sama orang yang solehah .Allahyarhammah seorang yang cukup baik wataknya mudah tersenyum , mengembirakan saudara yang ditemuinya dan seingat ana beliau tak pernah marah miskipun kesilapan yang pernah ana lakukan sepanjang menziarahi beliau.
Bagi keturunan Syed Abbas ba Aqil kami dapat rasakan kehilangan beliau, seperti hilangnya sebutir mutiara pengikat persaudaraan.Kebaikan yang telah beliau lakukan dan doa kami mudah mudahan mendapat tempat di sisi ALLAH SWT. 
Sedekahkan Alfatihah kepada beliau.
Amin