Saturday, 17 January 2009

Luahan hati.......................


Assalamuallaikum,
Surat terbuka khas ini untuk tatapan semua keluarga keturunan Syed Hamzah bin Syed Jaafar.

Pertama sekali Nazarudin ucapkan tahniah diatas usaha semua untuk menjayakan program perjumpaan keluarga keturunan Syeh Hamzah di Muar.Ada agenda besar yang nak kita sampaikan di situ bukan sekadar hadir,jumpa dan kemudian kita balik kerumah masing-masing dengan sikap egois masih menebal dalm hati dan tindakan kita.Tetapi seharus kita jadikan progam ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kita,oleh yang demikian ianya seharusnya memerlukan perancangan yang rapi tersusun diantara yang terlibat.
Dalam mencari salasilah dan mengumpul maklumat keluarga yang Nazarudin usahakan ini semestinya ada sebabnya mungkin dapat kita renungkan kembali betapa jauh keakraban antara kita semakin renggang sekarang,masing masing sibuk tugasan dan masalah kewangan menjadikan kita semakin menjauhkan diri atau dipingirkan kerana kesusahan kita atau........kita tidak penting untuk didampingi keluarga atau.......ego ada dalam jiwa diantara kita.

Salam dan Alfatihah khusus untuk Ayahanda Syed Abdul Aziz bin Syed Hamzah.Syed Nazarudin anak lelaki paling muda yang dalam keluarga dan yang paling banyak diajar secara tak langsung oleh ayahanda Syed Abdul Aziz.Anak lelaki yang pernah suatu masa bercerita panjang dengan ayahanda sampai am 4.00 pagi dan pernah ayahda mengalirkan air mata menceritakan susah payah dalam kehidupan dan kasih sayang ayahanda kepada anak-anak dan kesemua adik-adik beliau.Semakin jauh ayahda meninggalkan kita,semakin jauhlah kita melupai harapan dan pengorbanan beliau kepada kita.
Seharusnya ada sesuatu yang semestinya kita lakukan dalam perjumpaan itu nanti,tetapi sehingga kehari ini 17hd.januari 2009 Nazarudin tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai program tersebut itupun diberitahu bila Nazarudin sendiri yang "call" bertanya jadi ke ,dimana tempatnya, apa penyusunan program dan tempat tinggal tak diberi tahu cuma dimaklumkan pada orang tertentu....apa makna ni......istimewa kah mereka....atau sememangnya Nazarudin tak cukup penting dalam keluaga syed hamzah.

Ada beberapa persoalan yang bermain dalam hati kecil ini dan sama-sama kita fikirkan :

1.Program di buat terburu buru menyebabkan perjumpaan akan menjadi pejumpaan biasa habis program balik.......sikap kita tetap macam biasa.Kalau setakan jumpa....... Nazarudin masih ada masa jumpa saudara sebelum ini........Tapi ramai antara kita yang tak suka jalan rumah keluarga katanya sibuk tapi ketempat lain boleh....sampai KL nak menjenggah saudarapun tak boleh atau sekutang-kurang arahkan anak saudara yang belajar di kawasan berdekatan ziarah rumah bapa saudara.Malu....segan puncanya kita yang lebih Tua tak suruh atau taknak biasakan diri.Ayahanda Syed Abdul Aziz selalu bercakap perkara ini.

2.Maklumat program tak di beri tahu sehingga Nazarudin "call" baru tahu cerita.....Pesoalannya Nazarudin nak siapkan bena(kain rentang)Susah sangat ke nak sms alamat dan nama tempat......Mungkin Nazarudin tak penting.....sepenting orang lain yang kita maklumkan tempat tinggal dah ada tapi perlu di bayar......bukan persoalan bayaran.........Nazarudin kalau kesana pun kena sewa tempat....maklumlah nak tinggal rumah saudarapun.....mungkin tuan rumah tak biasa dengan keluarga kita.

3.Terlalu banyak perkara berlaku sebelum ini menggajar Nazarudin lebih matang berfikir......lebih banyak terasa hati......lebih memahami pentingnya diri dalam keluarga besar Syed Hamzah..........Abah paksa kami ke rumah bapa saudara.......tapi bapa saudara tak suruh anak-anak kerumah sepupu atau ibu saudara.Salam sayang kepada Bonda Sharifah Tijah binti Syed Abbas isteri kepada Syed Abdul Aziz.....fikir-fikirkanlah.

Wassallam!