Monday, 19 October 2009

Kelahiran semula Syed Mustaffa 18hb oktober 2009

Al Fatihah.......
Tanggal 17hb. Okt. 2009 jam 9.50 malam telah kembalinya Syed Mustaffa @ Abang Shekh kerahmatullah.Dengan iringan doa dan memohon kerahmatan dari Allah SWT agar rohnya di tempatkan bersama-sama para syuhada bersama kekasih Allah SWT. Amin.

Setiap yang hidup pasti akan mati itu perpatah yang biasa kita dengar, Dan ia pasti akan berlaku samada cepat atau lambat.Tapi yang aku nak cerita disini adalah kelahiran semula dengan terbuktinya kebesaran Allah SWT dengan sifat maha Pengasih lagi maha penyayang.
Ceritanya bermula….
.
Pada malam hari raya 19 sept. 2009 jam 8.38 malam saya terima sms dari Abang Shekh (panggilan untuk Syed Mustaffa)
“ Salam labaran diaidilfitri mhon kmaafan seiklas hati slah & slap jgn smpn d hati mga d brkati dr ilahi. $elamat hari raya aidilfitri.maaf zhir btin.”

Sememangnya aku sentiasa berhubung dengan beliau samada sms mahupun tel.Beliau antara insan yang aku hormat.Aku dapat merasainya kasih sayang beliau kepada semua kenalan dan saudara mara .Beliau tak pernah membuatkan aku terasa hati atau marah Abang shekh antara Abang sepupu kesayangan aku. Lebih kurang jam 12.30 malam aku membalas kembali sms beliau.

“ Ya ALLAH, awal syawal barakah ini ,muliakan dan sayangi saudaraku yang sedang m’baca sms ini.Bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya, kuatkan imannya.beri kenikmatan ibadah,jauhkan dari fitnah, suburkan benih KEISLAMAN dgn penuh kasih sayang tanpa alasan,Amin ya ALLAH amin……..SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN DRP B.cik & famili…1430H.

Seperti biasa hari raya pertama aku beraya di Butterworth dan hari raya ketiga kembali ke Kajang selangor
Pada raya ke 4 aku terima tel. dari Kak Esah mengenai kemalangan membabitkan kereta A.Shekh sekeluarga keadaanya agak kritikal di wad ICU.Isteri beliau ketika itu dalam keadaan sarat mengandung 7 bulan tidak mengalami kecederaan sirius dan anak beliau selamat . Dalam keadaan aku tidak sihat demam Lebih kurang jam 12.15 aku sampai di hospital Sungai Buluh tak dapat masuk kerana waktu melawat pukul 1.30 petang.disana jumpa saudara yang lain dan di fahamkan kemalangan berlaku pada pagi hari raya pertama jam lingkungan 3.30-4.30 pagi.Beliau masih sedar selepas kemalangan sehinggalah pembedahan pertama dilakukan pada bahagia perut selepas itu keadaan beliau tidak sedarkan diri.

Hari raya ke 6 aku kena demam campak sebab itu langsung tak beraya di rumah sesiapapun.Pada tanggal
16hb Okt.2009 jam 5.45 petang aku menerima panggilan dari Ami dolah(Syed Adullah) memaklumkan keadaan
A.sheikh yang semakin kritikal dan pihak hospital memberi kelongaran kepada keluarga terdekat untuk ziarah.Adat kata Beliau hanya bergantung kepada saluran bantuan oksigen sahaja.Memandangkan masa singkat aku buat keputusan akan ziarah beliau keesokan harinya sabtu 17hb.Kita merancang dan Allah merancang sesunguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Dalam masa yang sama Isteri beliau di tahan di Hospital Ipoh kerana masalah tekanan darah tinggi , aku difahamkan sekiranya keadaan ini tidak berubah isterinya terpaksa melakukan pembedahan demi menyelamatkan anak dalam kandungan.Alhamdulllah dengan kebesaran Allah tekanan darah turun dan pihak saudara menghubungi Hospital Ipoh supaya Isteri beliau dapat di keluarkan dari hospital Ipoh supaya boleh di bawa ke hospital Sungai Buluh. Keluarga dinasihatkan tidak menceritakan keadaan sebenar suami beliau supaya tidak belaku apa apa tekanan dalam perjalanan nanti. Lebih kurang jam 5.00 petang isteri beliau sampai di hospital sungai buluh .Beliau dan anak ziarah Suami diwat ICU.Seorang keluarga beliau memberi sedikit maklumat agar beliau melepaskan A.Shekh redha dengan rela hati.Bayangkan dalam keadan beliau yang sarat mengandung suami pula dalam keadaan koma tidak Sedarkan diri.jam 9.30 dalam keadaan tangisan beliau menganguk kepala dan pehak hospital mengambil keputusan menutup semua suiz mesin yang menyambung pada badan A.Shekh.lebih kurang jam 9.50 malam A.Sheikh menghembuskan nafas terakhir meninggalkan semua sanak saudara menyambut panggilan ilahi.Suasana bilik ICU mengambarkan segala galanya kesedihan dan tangisan serta iringan doa silih berganti.Saudara yang lain yang tak dapat masuk dapat juga melihat dari luar cermin bilik ICU.

Selesai urusan menemani pehak keluarga saya balik ke Bangi jam 3.15 pagi.Jenazah tidak boleh dikeluarkan pada malam itu Kerana proses forensik serta pehak hospital terpaksa menjahit semula pembedahan diperut yang masih terbuka.Jenazah akan dimandikan dan di kafankan di hospital keesokkan paginya.Dalam perancangan jenazah akan di bawa terus ke Masjid Damansara Damai supaya sanak saudara melihat buat kali terakhir.Yang paling utama bonda Beliau Sharifah Hafsah yang uzur tak dapat ke Hospital di beri pengghormatan mencium pipi anaknya untuk kali terakhir.Setelah proses selesai Jam 12.45 jenazah sampai di Masjid Damansara Damai suasana semakin pilu bila boy(cucu)mendukung Bonda Sharifah Hafsah ke pangkuan arwah untuk melihat jenazah anak kali terakhir…………….aku tak mampu melihatnya lagi camera dipadamkan …….cukup teharu….ya allah kau tempatkan beliau bersama para syahada dampingilah beliau bersama kekasihmu. Isteri dan anak baru sampai di masjid semasa sembahyang jenazah dijalankan…..allah hu akbar ….allah hu akbar.......

Penganti.........Syed Shahir bin Syed Mustaffa

Allah itu maha adil,maha kasih sayang.Allah SWT tunjukkan kebesaranya secepat ini.Jam 4.00pagi isteri arwah terasa sakit bahagian perut dan lebih kurang jam 6.00 pagi beliau melahirkan zuriat kedua.Seorang putera pewaris jenerasi pengganti kasih.Kalau dikatakan Jihad bagi wanita bila ia mengandung bila saat melahirkan inilah anugerah paling istimewa,kebesaran Allah SWT terbukiti dalam keadaan kesedihan hati isteri terubat dengan penganti secepat ini. Keceriaan terpancar di wajah si isteri beban yang di tanggung kesedihan yang dirasai terubat.Lihatlah menerusi hati kecil dengan JIWA YANG TENANG semoga kita dapat iktibar kebesaran Allah dan menguatkan iman kita insyaallah.

Isteri yang baru melahirkan dan anak baru dilahirkan cukup sihat dengan penyusunan ALLAH SWT segala urusan menjadi mudah dalam keadaan baru melahirkan beliau di benarkan keluar dari hospital. Semoga Rohnya Syed Mustaffa dapat pergi dengan tenang serta dapat melihat anak beliau untuk kali terakhirnya.

Di kabarkan sebelum ini arwah sampaikan pesanan seandainya lelaki namakan anaknya………
SYED SYAHIR BIN SYED MUSTAFFA