Thursday, 7 May 2009

Permata hatiku, selamat hari IBU - Sharifah Tijah bt Syed Abbas

Ibu.. kau terindah dihatiku
Jasamu takkan terbalas olehku
Kau selalu menjagaku
Agar ku tak jatuh kedalam
Lembah Gelap itu…

Ibu.. takkan aku melupakanmu
Kukenang kau dalam bahagiaku
kau begitu indah dihatiku
Selalu ku turuti pintamu

Ibu.. maafkan aku jahat padamu
membuatmu gundah akan sikapku
membuatmu marah karna tingkahku
tapi kau tak pernah membentakku

Ibu.. sungguh besar kasih sayangmu
takkan habis terkikis oleh waktu
takkan terganti oleh harta
Nilainya tak ternilai oleh RM

Tapi izinkan aku ucapkan rasa sayangku
berikan kau hadiah istimewa dariku,
kukan bahagiakanmu selalu
izinkan ku ungkap rasa bahagiaku

di sepanjang hayatku bersamamu

Sepenggal Doa Untuk Ibu
Tulus dari hatiku

Udin 8-5-2009

Monday, 4 May 2009

Penting.


Perhatian !

Untuk makluman keluarga semua yang melayari laman syedmzazi.blogspot.com, Salasilah yang terdapat pada  blog ini adalah dalam proses pembikinan oleh yang demikian terdapat banyak kesilapan dan kekurangan yang harus diperbetulkan dahulu.Peringkat demi peringkat dipaparkan supaya ahli keluarga dapat memerhati dan memaklumkan semula kesilapan atau cadangan sebelum di cetak poster.

Oleh itu tolong jangan sebarkan lagi salasilah itu agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.Untuk pengetahuan semua meskipun salasilah ini sudah kita siapkan namun ia akan dirujuk kepada pakar salasilah yang akan mengesahkan susunan ia betul.Sekali lagi di ingatkan jangan sebarkan lagi salasilah ini. 
Kerjasama dan sokongan dari semua keluarga amat diharapkan.

syedmzazi@gmail.com 

Sunday, 3 May 2009

Kenali Qabilah kita


AL-BA’AQIL

Yang pertama kali digelar “Ba’Aqil” ialah Waliyyullah ‘Aqil bin al-Imam
Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin
Muhammad al-Faqih al-Muqaddam.
Waliyyullah ‘Aqil bin Abdurrahman as-Seggaf dilahirkan di kota Tarim.
Dikurniai 1 orang anak lelaki yang bernama; Abdurrahman bin ‘Aqil ,dikurniai
3 orang anak lelaki masing-masing, Hassan, Muhammad al-Hadi, yang menurunkan
“al-Ba’Aqil as-Seggaf”, Umar, yang menurunkan keturunan al-Ba’Aqil.
Waliyyullah ‘Aqil bin Abdurrahman as-Seggaf pulang ke rahmatullah di kota
Tarim pada tahun 871 H.


AL-AL QADRI

Yang pertama kali digelar dengan gelaran “al-Qadri” adalah Waliyyullah
Muhammad bin Salim bin Abdullah bin Muhammad bin Salim bin Ahmad bin
Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Hassan al-Muallim bin Muhammad bin
Hassan at-Turabi dan seterusnya.
Sebab beliau digelar dengan gelaran itu adalah kerana dalam semua aspek
kehidupan beliau, beliau adalah seorang yang bgitu pasrah dan menyerahkan
dirinya pada taqdir Allah SWT, terutama sewaktu ditimpa sesuati musibah hal
tersebut menunjukkan bahawa beliau mempunyai tahap iman yang begitu kuat
sekali. Kata taqdir berasal dari bahasa Arab yang sinonimnya adalah
‘al-Qadr’.
Waliyyullah Muhammad al-Qadri dilahirkan di Tarim, Hadhramaut dan
dikurniakan 2 orang anak lelaki yang melanjutkan keturunannya, masing-masing
bernama:
v Abdullah, keturunannya hanya berada di Macha, Hadhramaut.

v Hussien, keturunannya kebanyakannya berada di Indonesia, termasuk di
antaranya Sultan Abdurrahman bin Waliyyullah al-Habib Hussien bin Ahmad
al-Qadri, pendiri Kota Pontianak (Kalimantan). Beliau dikurniai 66 orang
anak. Wafat pada tahun 1231 H di Batu Layang, Pontianak.

Waliyyullah Muhammad bin Salim al-Qadri pulang ke rahmatullah di kota Tarim
pada tahun 1079 H.