Tuesday, 28 December 2010

Kembali...........

Dah lama tak buka blog ini......banyak maklumat perjalanan ditampilkan.....sabar semua saudaraku.............

Saturday, 27 February 2010

Sayangi ISTERI Anda.

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu .....
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"........


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Saturday, 30 January 2010

Sebenarnya...............

Mc ada masuk blog AIDC dalam mencari bahan mengenai Brader Anwar yang kini sedang sibuk mengulang kaji berkenaan kes liwatnya. Mc ternampak cerita berkenaan dengan logo PKR masa Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Dewan Tunku Komtar. Konvensyen tertutup ini telah dihadiri oleh 1200 Ajk dari seluruh cabang negeri P.Pinang. Kiranya hanya AJK yang dijemput sahaja yang boleh masuk.Banyak cerita yang digembar gemburkan tentang Brader Anwar dengan yahudi. Mungkin ada antara kita yang tidak percaya dan mengatakan ia fitnah kepada Brader Anwar ni. Cuba tengok foto kat bawah ni, perhatikan betul-betul kain penghias belakang pentas tersebut.Read more: http://kedahkekl.blogspot.com/2010/01/betul-ke-anwar-ejen-yahudi.html#ixzz0eDQHewRt

Kemudian cuba bandingkan kain belakang pentas tersebut dengan logo bawah ni. Cuba tengok betul-betul kedua-dua gambar berkenaan. Tidakkah kelihatan hampir sama?Bukankah ianya iras-iras logo kumpulan yahudi iaitu FREEMASON. Ini secara tak langsung menjelaskan keakraban hubung kait di antara parti (PKR) itu dengan organisasi Yahudi tersebut. Organisasi ini adalah kumpulan yang dianggotai oleh lebih 6 juta laknatullah yahudi ini. Read more: http://kedahkekl.blogspot.com/2010/01/betul-ke-anwar-ejen-yahudi.html#ixzz0eDPuvvk9

Hakikat.........




Adakah semua ini kebetulan? Atau sengaja dirancang? Sebagai orang Islam, lambang mata satu adalah lambang kejahatan. Hanya Dajal sahaja yang bermata satu. Bagi semua umat Islam, kaum yahudi laknattullah adalah dajal didunia sekarang, kerana sering menindas umat Islam dalam segala hal. Apakah kaitan Brader Anwar dengan yahudi? Hanya Allah saja yang tahu! sumber Pusaka AyahandaRead more: http://kedahkekl.blogspot.com/2010/01/betul-ke-anwar-ejen-yahudi.html#ixzz0eDOtfIPj

Tuesday, 5 January 2010

Baca......saudara-saudaraku...

Tuesday, January 5, 2010

Pandangan Prof Dr Harun Din mengenai penggunaan nama Allah
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord dalam kitab Injil mereka.“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.

Alfatihah untuk Ayahanda Tengku Zainuddin